Islam Agama Ku

Islam Agama Ku

Teks Penuh Ucapan Bajet 2016 - Najib






MUKADIMAH

Tuan Yang Dipertua,

1. Saya mulai, dengan menyebut BismillahirRahmanirRahim, Alhamdulillahi Rabbil A’iamin, Wa bihi Nastai’n.

2. Segala puji-puji bagi Allah Hu Ta’ala, yang telah menjadikan Tujuh Petala Langit dan Tujuh Petala Bumi, … juga,… yang telah mewujudkan keadaan gelap-gulita, ke alam terang benderang.

3. Demikian juga, limpahan salawat, ke atas Nabi Muhammad, Rasul Pilihan,… Pembuka bagi sesuatu yang terkunci, Penutup bagi yang terdahulu, penolak yang batil, pembela hak dan kebenaran.

Tuan Yang Dipertua,

4. Sejak Mac tahun 2009, saya telah membentangkan lebih 11 dokumen besar berkait ekonomi negara.

5. Termasuklah, Pakej Rangsangan Pertama, Pakej Rangsangan Kedua, Rancangan Malaysia Ke-lO dan Rancangan Malaysia Ke-ll, seterusnya Bajet 2010, hinggalah pada hari ini, akan dipersembahkan pula Bajet 2016.

6. InsyaAllah, jika diberi izin oleh Tuhan yang Maha Menyimpan segala Tahu dan rahsia setiap sesuatu, kita berdoa serta berharap agar terus berpeluang lagi, dapat membentangkan Bajet-Bajet pada tahun-tahun selanjutnya, … Amin.

7. Sesungguhnya, Bajet yang diangkat kali ini,… merupakan bagian daripada terjemahan Rancangan Malaysia Ke-ll. Bajet ini adalah yang pertama, dalam rantaian 5 Bajet, sampailah terjulangnya negara tercinta ini kelak, menjadi sebuah watan, High Income Advanced Economy. InsyaAllah.

8. Sebelum itu, sebagai hamba-hambaNya yang beringat lagi bersyukur, marilah bersama, dengan rasa kerendahan hati, mengambil sempena dan iktibar daripada sejarah dan sirah, berasaskan Al-Quran, melalui mafhum pengertian surah An- Nisa’ ayat 58, seperti yang ditafsir oleh antaranya Imam Qurtubi, pabila menjadi pemimpin dan pemerintah, maka terserulah kepada kita, bagi menjaga hak-hak dan menghukum dengan saksama terhadap keperluan rakyat.

Tuan Yang Dipertua,

9. Lantaran itu, sebelum diteruskan penyampaian ini, walau apa sekalipun diwajahkan di mana-mana, meski apa yang dilaparkan dalam media, berkait letak duduk dan keadaan Malaysia, kanannya, negara ini diambang mullis, berada dalam krisis ekonomi, nilal ringgit terjejas teruk, ekoran persepsi ketidakcekapan tadbir urus kewangan negara, serta pula dipertikai tentang tatacara perbelanjaan Kerajaan yang katanya tidak berhemah.

Makanya, berdasarkan ehwal yang dihebah-hebahkan itu, moleklah kiranya saya mengambil kesempatan dalam Dewan yang mulia ini, untuk memperjelaskan kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat khususnya, serta rakyat Malaysia, yang sedang menonton dan mendengar di luar sana supaya mendapat gambaran yang benar serta tepat.

Tuan Yang Dipertua,

10. Semenjak tahun 2009, janganlah sesekali kita lupa, satu persatu datangnya dugaan terhadap ekonomi negara. Kita telah berdepan dengan pelbagai ketidakkeruan ekonomi global dan pastinya kemelut iktisad domestik.

11. Alhamdulillah, meskipun telah ditantang dengan segala aral dan rintangan itu, Kerajaan terbukti mampu menangani dan mengatasinya dengan begitu berkesan.

Tuan Yang Dipertua,

12. Jika hendak disimpulkan, antaranya terdapat 6 pencapaian utama sebagai penanda kejayaan yang boleh diperbanggakan dalam mengangkat kembali kedudukan ekonomi negara, dari mana ia berada separuh dekad lalu.

Tuan Yang Dipertua,

13. Pencapaian pertama: Jika ditinjau situasi ekonomi semasa Malaysia, ia mampu berkembang sebanyak 5.3 peratus bagi separuh tahun pertama 2015, dan dianggarkan mencapai 4.5 hingga 5.5 peratus sepanjang tahun, meskipun, ekonomi
dunia dijangka berkembang pada kadar yang perlahan iaitu 3.1 peratus pada tahun ini.

14. Dalam perkara ini, perlu kita ingat baik-baik, keadaan ekonomi sekarang, bak kata dalam bahasa Inggeris, ‘there is no comparison whatsoever’, berbanding tahun 1998. Nyatanya, pada ketika itu, telah berlaku krisis kewangan peringkat Asia, sehinggakan ekonomi negara menguncup kepada negatif 7.4 peratus.

15. Sungguhpun begitu, kita sedar, bahawa kita tidak dapat lari dengan mudah atau dalam sekelip mata. la menuntut daripada menghadapi kelembapan ekonomi
global, kesungguhan dan pengorbanan atas nama kebaktian pada nusa dan bangsa.

16. Justeru, pertumbuhan KDNK negara dijangka dapat berkembang pada kadar 4 hingga 5 peratus pada tahun 2016. Pertumbuhan ini, akan dipacu oleh pelaburan dan penggunaan swasta pada kadar 6.7 dan 6.4 peratus.

17. Eksport pula, tumbuh pada kadar 0.9 peratus dan import 1.5 peratus. Sektor pembinaan berkembang 8.4 peratus, perkhidmatan 5.4 peratus, manakala pembuatan sebanyak 4.3 peratus.

Tuan Yang Dipertua,

18. Pencapaian Kedua: Secara konsisten kita telah dapat mengurangkan defisit fiskal Kerajaan, daripada paras 6.7 peratus kepada 3.2 peratus yang dijangka pada tahun ini.

Tuan Yang Dipertua,

19. Pencapaian Ketiga: Melalui Dasar Transformasi Nasional atau DTN yang bermula pada tahun 2010, Kerajaan ini, telah meneruskan mujahadah pembasmian kemiskinan.

20. Hasilnya, dalam tempoh 5 tahun, kadar kemiskinan berkurang daripada 3.8 peratus pada tahun 2009, kepada kini 0.6 peratus pada tahun 2014. Malah, sebenarnya kemiskinan tegar telah hampir disifarkan.

21. Pencapaian Keempat: Kalau dikaji, statistik pengangguran pada tahun 1999 adalah 3.4 peratus.

22. Dengan kehendak Allah jua, hasil daripada pengurnsan ekonomi negara yang berkesan, kita telah mengurangkan kadar pengangguran kepada 2.9 peratus dan Kerajaan telah berjaya mewujudkan sebanyak 1.8 juta peluang pekerjaan.

Tuan Yang Dipertua,

23. Pencapaian Kelima: Seramai 5 juta rakyat di kawasan luar bandar telah berjaya mendapat manfaat kemudahan asas, seperti bekalan elektrik dan air bersih.

24. Akhir sekali, Pencapaian Keenam: Rakyat telah mendapat pelbagai kemudahan seperti BRIM, Klinik 1Malaysia, UTC, RTC dan Kedai Rakyat 1Malaysia, demi meringankan kos sara hidup rakyat.

Tuan Yang Dipertua,

25. Pada sudut lain, kemasukan pelaburan asing pula terus kukuh pada 22.4 bilion ringgit pada separuh pertama tahun ini, manakala,indeks Bursa Kuala Lumpur mencatat 1,705 mata bersamaan nilai pasaran 1.675 trilion ringgit
menjelang penutup bursa pada 22 Oktober 2015.

26. Walaupun ringgit menyusut nilai, rizab antarabangsa kekal tinggi sebanyak 418 bilion ringgit pada 15 Oktober 2015 yang mampu sebenarnya membiayai selama 8.8 bulan import tertangguh dan 1.2 kali hutang luar jangka pendek.

27. Laginya, pada tahun hadapan, negara dijangka terus berada dalam inflasi terkawal, di antara 2 hingga 3 peratus.

Tuan Yang Dipertua,

28. Ini menunjukkan bahawa realitinya, Malaysia, negara kita yang tercinta bukanlah negara yang gagal atau bankrap, sebaliknya kita masih stabil, masih kukuh dengan economic fundamental dan terus berdaya saing.

29. Sebelum bingkisan Bajet tahun ini diteruskan, terdapat dua perkara mustahak yang wajar diberi penjelasan. Perkara pertama, adalah Cukai Barangan dan Perkhidmatan atau GST, yang hangat diperkatakan oleh orang ramai terutamanya sejak awal tahun ini.

30. Dalam isu GST, Kerajaan berterima kasih kerana pematuhan dalam pendaftaran dan pengisytiharannya amat tinggi dan membanggakan.

31. Suka saya memaklumkan kepada Dewan yang mulia, setakat ini, jumlah syarikat yang berdaftar dengan GST adalah hampir 400 ribu buah semuanya, dengan kadar patuh serahan atau submission mencapai lebih 90 peratus.

Tuan Yang Dipertua,

32. Alhamdulillah, sesungguhnya keputusan Kerajaan melaksanakan GST adalah tepat, lebih-lebih lagi berikutan kejatuhan harga minyak kepada lebih 50 peratus daripada paras 100 dolar Amerika sebelum ini.

33. Faktanya, Petroliam Nasional Berhad atau PETRONAS menyumbang sejumlah dividen kepada Perbendaharaan pada setiap tahun. Jumlah sumbangan dividen ini, bergantung kepada naik turunnya harga minyak dunia.

34. Misalannya, dalam tempoh setahun di mana harga minyak adalah pada purata 100 dolar Amerika setong, pendapatan daripada dividen PETRONAS serta hasil cukai petroliam kepada negara, berjumlah 62 bilion ringgit.

35. Akan tetapi, senarionya berbeza, pabila harga minyak telah turun kepada paras sekitar 50 dolar Amerika setong. Pendapatan daripada dividen PETRONAS serta hasil cukai petroliam kepada negara, berjumlah 44 bilion ringgit pada 2015.

36. Harga minyak ini pula, dijangka akan kekal rendah pada 2016, dan kutipan hasil daripada sumber berkaitan minyak dianggar 31.7 bition ringgit, atau penyusutan pendapatan Kerajaan lebih 30 bilion ringgit.

37. Jadinya, jika sebelum ini, dalam beberapa pengumuman rasmi, saya, bagi pihak Kerajaan ada menyebut bahawa rakyat usahlah bimbang, kerana hasil kutipan GST dikembalikan semula demi manfaat ramai, malah, dimaklumkan pula bagaimana ia dibelanjakan. lni adalah benar apa yang Kerajaan hasratkan dan tidak ada apa-apa agenda yang terselindung.

38. Namun, keadaan telah berubah. Hasrat ini perlu diimbangi dengan realiti kedudukan kewangan negara, berdasarkan perkembangan harga minyak dunia yang tidak menentu seperti yang saya sampaikan tadi. Tetapi, disebabkan oleh kekurangan kutipan hasil petroliam, kutipan GST-lah yang terpaksa menjadi tampungan sebahagian besar daripadanya.

Tuan Yang Dipertua,

39. Sehubungan itu, pada tahun 2016, dalam perkiraan Kerajaan, sekira dan seandainya GST tidak dilaksanakan, dan kita masih dengan sistem SST seperti yang sebelumnya, hasil negara akan berkurangan sebanyak 21 bilion ringgit.

40. Jika dihalusi lagi, kalaulah kita kekal dengan SST, kutipan hanyalah sekadar 18 bilion ringgit berbanding GST iaitu sebanyak 39 bilion ringgit.

41. Akibatnya, defisit negara akan meningkat kepada 4.8 peratus, dan bukan lagi 3.1 peratus seperti yang disasarkan pada tahun 2016.

42. Andai kata ini berlaku, Kerajaan terpaksa meminjam termasuk untuk membayar gaji penjawat awam, penarafan kredit negara pula akan diturunkan dan kos pinjaman untuk semua, seperti pinjaman peribadi, pinjaman perniagaan dan pinjaman perumahan, pastinya meningkat.

Tuan Yang Dipertua,

43. Di atas segalanya, bersyukurlah kita kepada Allah, kerana Kerajaan yang ada tetap bertegas dengan pendirian, mempunyai dengan izin, political will atau keberanian serta iltizam politik untuk melaksanakan GST…sekalipun, …sekalipun… keputusan ini ternyata mendapat pelbagai cabaran dan tidak popular.

44. Malah pihak seberang sana, yang mula-mula dulu menentang dengan begitu lantang dan keras, kini juga mula menerima GST, hatta telah memasukkannya pula dalam dokumen bajet mereka.

45. lni jelas menunjukkan, pendirian pembangkang yang sentiasa berubah-ubah dan tidak konsisten.

Tuan Yang Dipertua,

46. Oleh itu, berdiri atas pendirian sedemikian, Kerajaan yang bertanggungjawab ini, akan terus melakukan keputusan-keputusan yang betul, waima tidak bersifat populis, demi,… mendahulukan rakyat dan kepentingan negara.

Tuan Yang Dipertua dan Rakyat Malaysia sekalian,

47. Oleh yang demikian, ternyatalah, GST ini sebetulnya merupakan satu sistem percukaian yang efisien. Maka sebab itulah, telah dilaksanakan di lebih 160 buah negara.

48. Tampaknya juga, meskipun keadaan kewangan negara terkekang, kita terus mendengar denyut nadi dan rintihan rakyat.

49. Kerana itu, setelah menerima maklum balas daripada pelbagai golongan masyarakat, termasuklah pihak NGO, dengan ini, sukalah saya mengumumkan bahawa, Kerajaan bersedia, melepaskan lagi pendapatan cukai GST terhadap, beberapa barangan asas kehidupan seharian rakyat.

50. Tujuh langkah penambahbaikan layanan GST, berkuatkuasa menjelang 1 Januari 2016, adalah seperti berikut:

51. Pertama, pengenaan GST pada kadar sifar ke atas semua jenis Ubat Terkawal di bawah senarai Racun Kumpulan A, E, C dan D, serta tambahan sebanyak 95 jenama ubat over the counter, meliputi ubat bagi 30 jenis penyakit seperti ubat kanser, kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung. Ini melibatkan peningkatan dua kali ganda, dari 4,215 kepada 8,630 jenama ubat.

52. Kedua: pengenaan GST pada kadar sifar ke atas barangan makanan berikut:

� Susu bayi dan kanak-kanak berasaskan kacang soya dan susu organik;

� Dhal, atau kata orang utara kacang ‘parpu’, berasaskan kekacang daripada kacang kuda, kacang hijau dan kacang putih; Akar teratai atau lotus root dan sengkuang air atau water chestnut;

� Biji sawi;
� Gula merah; dan
� Untuk orang Sarawak,…mee kolok kering

53. Ketiga: Bagi membolehkan petani berskala kecil mendapat manfaat dari Skim Kadar Rata di bawah GST, Kerajaan mencadangkan supaya, threshold jualan tahunan untuk tujuan pendaftaran di bawah skim ini diturunkan daripada 100 ribu ringgit kepada 50 ribu ringgit;

54. Dengan penurunan threshold, ia bererti, lebih ramai petani kecil boleh mendaftar di bawah skim ini dan mengenakan tambahan 2 peratus ke atas nilai jualannya, dan amaunnya boleh disimpan untuk menampung sebarang GST yang telah dibayar ke atas inputnya.

55. Keempat: Bagi syarikat-syarikat yang terlibat dalam aktiviti penyelenggaraan, pembaikan dan baikpulih di dalam industri aeroangkasa pula akan dibenarkan menyertai Approved Trader Scheme dan diberi pelepasan GST ke atas
pengimportan barang-barang;

56. Kelima: Pelepasan GST juga diberikan ke atas pengimportan semula barangan yang telah dieksport secara sementara bagi tujuan promosi, penyelidikan atau pameran;
57. Keenam: Kini, bagi industri minyak dan gas pula, pelepasan GST diberikan kepada pengimportan semula peralatan yang dieksport secara sementara, bagi  tujuan sewaan dan pajakan seperti peralatan pelantar minyak juga platform terapung; serta
58. Ketujuhnya: Pelepasan GST juga diberi untuk perolehan bahan dan peralatan mengajar, kepada penyedia latihan kemahiran dan vokasional yang  menjalankan program diluluskan di bawahAkta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan  2006.
Tuan Yang Dipertua,
59. Kerajaan menyedari bahawa ramai pengguna telefon bimbit terutamanya daripada golongan belia, bergantung kepada perkhidmatan telekomunikasi prabayar  atau prepaid card.
60. Berhubung ini, para pengguna warga Malaysia, akan mendapat kembali rebat bersamaan dengan amaun GST yang dibayar, yang akan dikreditkan terus ke dalam akaun perkhidmatan prabayar mereka. Langkah ini, adalah mulai 1 Januari 2016 sehingga 31 Disember 2016.
Tuan Yang Dipertua,
61. Seterusnya, bagi memantapkan struktur cukai supaya lebih kompetitif dan  progresif, banjaran pendapatan bercukai bagi kadar cukai tertinggi ditingkatkan  daripada 25 peratus, kepada 26 peratus bagi mereka yang berpendapatan antara 600 ribu ringgit dan 1 juta ringgit.
62. Sementara itu, mereka yang berpendapatan melebihi 1 juta ringgit, kadar  cukai akan dinaikkan daripada 25 peratus kepada 28 peratus.
Tuan Yang Dipertua,
PERUNTUKAN BAJET 2016
63. Bajet 2016 memperuntukkan 267.2 bilion ringgit berbanding 260.7 bilion ringgit peruntukan dipinda 2015. Daripada jumlah tersebut, 215.2 bilion ringgit adalah untuk perbelanjaan mengurus dan 52 bilion ringgit bagi perbelanjaan pembangunan.
64. Di bawab peruntukan mengurus, 70.5 bilion ringgit adalah untuk Emolumen dan 36.3 bilion ringgit bagi Perkhidmatan dan Bekalan. Manakala sebanyak 106.6 bilion ringgit adalah Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap. Pembelian Aset pula diperuntukkan sebanyak 761 juta ringgit dan 1 bilion ringgit kepada perbelanjaan lain.
65. Di bawah peruntukan pembangunan, sektor ekonomi menerima agihan tertinggi sebanyak 30.1 bilion ringgit, diikuti oleh sektor sosial 13.1 bilion ringgit merangkumi pendidikan dan latihan, kesihatan, perumahan serta kesejahteraan masyarakat.
66. Manakala, sektor keselamatan pula diperuntukkan sebanyak 5.2 bilion  ringgit. Selebihnya, diagihkan kepada sektor pentadbiran am ialtu sebanyak 1.6 bilion ringgit dan simpanan luar jangka sebanyak 2 bilion ringgit.
67. Bagi tahun 2016, kutipan hasil Kerajaan Persekutuan dianggarkan sebanyak 225.7 bilion ringgit, yakni peningkatan sebanyak 3.2 bilion ringgit berbanding
2015.
68. Dengan mengambil kira unjuran hasil dan perbelanjaan Kerajaan, defisit fiskal Kerajaan dijangka menguncup kepada 3.1 peratus pada 2016.
69. Bajet ini dan bajet-bajet seterusnya akan berteraskan keseimbangan diantara Capital Economy dan People Economy. Disamping itu, kita perlu mencapai  pertumbuhan yang bersifat inklusif, sustainable dan membina sebuah negara yang kompetitif, progresif, bersahsiah dan morally strong, dalam satu kehidupan masyarakat yang saling berpadu.
Tuan Yang Dipertua,
70. Lantaran demikian, saya pohon membentangkan sebuah Bajet yang bertemakan “Mensejahtera Kehidupan Rakyat” bertunjangkan 5 Keutamaan.
Tuan Yang Dipertua,
71. KEUTAMAAN PERTAMA: MEMPERTEGUH KETAHANAN EKONOMI NEGARA.
72. Langkah satu: Aktiviti pelaburan domestik akan terus dirancakkan dengan  jangkaan sumbangan kepada KDNK pada 26.7 peratus bagi 2016. lni akan dipacu oleh pelaburan swasta yang meningkat sebanyak 218.6 bilion ringgit serta disokong  oleh pelaburan awam sebanyak 112.2 bilion ringgit.
73. Dalam langkah ini, terdapat sembilan projek dan inisiatif yang akan dilaksanakan:
Pertama: Membangun Malaysian Vision Valley meliputi keluasan tanah seluas 108,000 hektar dari Nilai ke Port Dickson seperti yang telah dibentangkan pada RMK-ll, dengan unjuran pelaburan permulaan 5 bilion ringgit pada tahun 2016;
Kedua: Melaksana Cyber City Centre di Cyberjaya’ dengan nilai pembangunan  hampir 11 bilion ringgit dalam tempoh 5 tahun;
Ketiga: Membangun Bandar Lapangan Terbang atau Aeropolis KLIA di kawasan seluas 1,300 ekar dan dijangka menarik pelaburan sebanyak 7 bilion ringgit;
Keempat: Pelaburan 6.7 bilion ringgit oleh Khazanah Nasional Berhad, dalam 9 projek domestik berimpak tinggi seperti dalam bidang penjagaan kesihatan, pendidikan, pelancongan, perisian dan infrastruktur komunikasi;
Kelima: Khazanah Nasional juga memperuntukkan 500 juta ringgit untuk modal teroka dan dana ekuiti persendirian termasuk dana teroka modal pelancongan sebanyak 50 juta ringgit;
Keenam: Pelaburan seterusnya dianggarkan 19 bilion ringgit untuk tahun 2016, bagi Projek RAPID Complex di Pengerang, Johor;
Ketujuh: Untuk menarik lebih banyak pelaburan swasta, antara projek yang sedang dilaksanakan adalah pembangunan Rubber City di Kedah dengan peruntukan 320 juta ringgit, Taman Perindustrian Samalaju, Sarawak sebanyak 142 juta ringgit dan Jeti Minyak Kelapa Sawit di Sandakan, Sabah sebanyak 20 juta ringgit; dan
Kelapan: Tumpuan turut diberi kepada pembangunan industri Kimia, Elektronik dan Elektrikal, Mesin dan Peralatan, Aeroangkasa, Peranti Perubatan dan Perkhidmatan. Untuk itu, 730 juta ringgit disediakan kepada dana-dana di bawah MIDA, dan
Kesembilan: Bagi terus menggalakkan pelaburan semula oleh syarikat sedia ada dalam sektor pengilangan dan pertanian terpilih yang telah tamat tempoh Elaun Pelaburan Semula atau Reinvestment Allowance, insentif baharu Elaun Pelaburan Semula Khas akan diberikan. Kadar tuntutan adalah 60 peratus daripada perbelanjaan modal yang layak dan dibenarkan ditolak daripada 70 peratus daripada pendapatan berkanun untuk tahun taksiran 2016 hingga tahun taksiran 2018.
75. Langkah 2: Dalam mempergiatkan pasaran modal pula, Kerajaan bersetuju untuk melaksanakan beberapa inisiatif termasuk potongan cukai diberi ke atas kos penerbitan sukuk Sustainable and Responsible Investments dan Pengecualian duti setem sebanyak 20 peratus ke atas surat cara pembiayaan patuh syariah untuk pembelian rumah.
76. Langkah 3: Sememangnya, PKS memainkan peranan penting dalam membangunkan rantaian nilai perniagaan. Ia dijangka menyumbang kepada 41 peratus KDNK menjelang 2020. Untuk itu, lima tindakan berikut akan diambil:
Pertama: Tambahan satu bilion ringgit bagi Skim Dana Pembiayaan PKS Patuh Syariah sehingga 31 Disember 2017, dengan Kerajaan menanggung dua peratus daripada kadar keuntungan pembiayaan;
Kedua: 107 juta ringgit untuk Pelan Induk PKS bagi pemberian dana di pelbagai peringkat perniagaan;
Ketiga: 60 juta ringgit untuk Skim Anjakan Usahawan dan Skim Peningkatan Kapasiti serta Keupayaan PKS;
Keempat: Menubuhkan dana pinjaman mudah SME Technology Transformation Fund sejumlah 200 juta ringgit, di bawah SME Bank pada kadar faedah empat peratus; dan
Kelima: 18 juta ringgit untuk memperluas Projek Transformasi Kedai Runcit atau TUKAR, dan Projek Automative Workshop Modernisation atau ATOM.
77: Langkah 4: Seperti yang kita tahu, infrastruktur merupakan pemangkin kepada keseluruhan pembangunan ekonomi dan sosial negara.
78. Terkini, ingin saya maklumkan, bahawa, Malaysia menduduki tangga ke–25 di antara 160 negara yang disenaraikan dalam Laporan Indeks Pencapaian Logistik Bank Dunia 2014.
79. Sehubungan itu, Kerajaan akan terus menambahbaik infrastruktur logistik, termasuklah membina dan menambahbaik jaringan pengangkutan rel, serta lebuhraya pada 2016. Ini termasuk, Lebuhraya Damansara – Shah Alam, Lebuhraya Sungai Besi – Ulu Klang, Lebuhraya Pulau Indah dan Lebuhraya Central Spine Road.
80. Untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas di ibukota pula, 900 juta ringgit diperuntukkan untuk Projek Penyuraian Trafik Jalan Tun Razak, yang akan dilaksanakan secara kerjasama strategik awam-swasta.
81. Kerajaan juga akan mengkaji pembinaan lebuhraya pesisiran pantai Masjid Tanah ke Klebang dan dari Klebang ke Jambatan Syed Abdul Aziz, di Melaka.
82. Seterusnya, sebanyak 42 juta ringgit disediakan bagi pembinaan Lapangan Terbang Mukah, Sarawak dan menaik taraf lapangan terbang di Kuantan dan Kota Bharu. Kajian akan turut dilaksanakan, bagi pembesaran landasan di lapangan terbang di Batu Berendam, Melaka.
Tuan Yang Dipertua,
83. Demi keselesaan penduduk di kawasan bandar, sistem Pengangkutan Awam yang efisien sedang rancak dibangunkan. Ini semua dilaksanakan dengan peruntukan yang besar kerana kita mahu memudahkan kehidupan rakyat di kawasan bandar.
84. Izinkan saya memberi sedikit status terkini, tentang antara projek terbesar dalam sejarah negara, iaitu projek pengangkutan awam bersepadu MRT-LRT.
85. Bagi projek sambungan LRT Laluan Ampang, dengan jarak 18.1 kilometer, akan boleh kita naiki pada Mac 2016. Manakala, bagi projek sambungan LRT Laluan Kelana Jaya sehingga Putra Heights, dengan jarak 17.4 kilometer pula, akan boleh dinaiki pertengahan tahun 2016. Kedua-dua projek sambungan ini, bernilai 10 bilion ringgit.
86. Projek MRT jajaran Sungai Buloh – Semantan pula, juga dapat digunakan pada tahun 2016, pada bulan Disember. Manakala, Fasa 2 Semantan – Kajang dijangka siap pertengahan 2017. Projek ini, dengan jarak 51 kilometer sedang dilaksanakan dengan kos 32 bilion ringgit.
Tuan Yang Dipertua,
87. Hasil daripada permintaan ramai, Kerajaan juga telah memulakan rangkaian perhubungan awam lain seperti berikut:
Pertama: Projek MRT II dari Sungai Buloh – Serdang- Putrajaya dengan jarak 52 kilometer, akan memanfaatkan 2 juta penduduk dengan anggaran kos pembinaan 28 bilion ringgit. Kerja pembinaan direncana bermula dalam suku kedua 2016 dan dijangka siap menjelang 2022;
Kedua: Projek LRT3 dari Bandar Utama, Damansara- Johan Setia, Klang dengan jarak 36 kilometer, akan memanfaatkan 2 juta penduduk dengan anggaran kos pembinaan 10 bilion ringgit. Ia mula dibina 2016 dan siap pada 2020. Disamping itu, Kerajaan juga akan meneruskan rundingan High Speed Rail dengan Kerajaan Singapura; dan
Ketiga: Bagi perkhidmatan awam bas, projek Bus Rapid Transit atau BRT KL-Klang pada kos melebihi 1.5 bilion ringgit, dan BRT Kota Kinabalu pada kos hampir 1 bilion ringgit akan dilaksanakan.
Tuan Yang Dipertua,
88. Untuk menambahbaik infrastruktur telekomunikasi pula, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia menyediakan 1.2 bilion ringgit, antara lain, untuk meningkatkan kelajuan internet luar bandar 4 kali ganda dari sehingga 5 Megabit sesaat, kepada 20 Megabit sesaat,. National Fiber Backbone Infrastructure, Jalur lebar berkelajuan tinggi dan sistem kabel dasar laut.
89. Selain itu, 250 juta untuk projek pendigitalan penyiaran nasional bagi meningkatkan kualiti audio visual dan memberi nilai tambah kepada kandungan TV
serta transaksi data interaktif.
Tuan Yang Dipertua,
90. Memang dari dahulu lagi, semenjak merdeka, kesejahteraan penduduk luar bandar, menjadi keutamaan kita. Mana mungkin kita meminggirkan mereka. Liputan jalan luar bandar telah meningkat daripada 46 ribu pada 2009 kepada 51 ribu kilometer, 98 peratus kawasan luar bandar telah mendapat bekalan elektrik, dan hampir 95 peratus mendapat bekalan air.
91. Kerajaan akan terus melaksanakan usaha pembangunan infrastruktur kawasan luar bandar seperti berikut:
Pertama: 1.4 bilion ringgit bagi membina serta menaik taraf jalan luar bandar sepanjang 700 kilometer di seluruh negara. Selain itu, 200 juta ringgit lagi disediakan bagi menaik taraf jalan di kawasan penempatan FELDA;
Kedua: 878 juta ringgit untuk Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar, yang membabitkan 10 ribu buah rumah. 568 juta ringgit bagi Projek Bekalan Air Luar Bandar untuk 3 ribu buah rumah;
Ketiga: 60 juta ringgit untuk Program Ameniti Sosial, terutamanya projek perparitan bagi mencegah berlakunya banjir. Tumpuan diberikan kepada
negeri-negeri yang terlibat banjir seperti Kelantan, Kedah, Terengganu, Pahang, Sabah dan Sarawak;
Keempat: Sebagai pemangkin keusahawanan di kawasan luar bandar dan komuniti desa, 70 juta ringgit untuk meneruskan Program Rural Business Challenge dan Program Desa Lestari; serta
Kelima: 67 juta ringgit diperuntukkan bagi Projek Kenderaan Bas MARA, untuk pengendalian pengangkutan bas di laluan yang tidak ekonomik di luar bandar.
Tuan Yang Dipertua,
92. Langkah Kelima: Sektor pelancongan merupakan sektor yang paling berpotensi untuk menjana ekonomi negara dalam keadaan kini. Untuk 2016, Kerajaan mensasarkan 30.5 juta pelancong yang dijangka menyumbang sebanyak 103 bilion ringgit kepada ekonomi negara. 1.2 bilion ringgit pula diperuntukkan kepada Kementerian Pelancongan untuk tujuan ini.
Tuan Yang Dipertua,
93. Tambahan lagi, permohonan visa secara atas talian atau online application, akan dilaksanakan bermula dengan negara China, India, Myanmar, Nepal, Sri Lanka, Amerika Syarikat dan Kanada.
94. Di samping itu, untuk memudahkan pelancong dan pelawat untuk berkunjung ke Malaysia, Kerajaan akan melaksanakan e-Visa menjelang pertengahan 2016.
95. Seterusnya, bagi mengambil peluang atas kedudukan Ringgit, kini, dan usaha untuk menarik lebih ramai pelancong, pengecualian cukai pendapatan sedia ada sebanyak 100 peratus daripada pendapatan berkanun diberikan kepada pengusaha pelancongan dilanjutkan mulai tahun taksiran 2016 sehingga tahun taksiran 2018.
Tuan Yang Dipertua,
96. Seperti yang kita sedia maklum, aktiviti ekonomi dalam sektor pertanian, adalah sumber makanan negara dan merupakan tempat pergantungan pendapatan bagi petani, pesawah dan nelayan.
97. Sehubungan ini, 5.3 bilion ringgit diperuntukkan kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Antara program yang akan dilaksanakan:
Pertama>: 450 juta ringgit bagi pelbagai program berimpak tinggi seperti program penanaman buah-buahan dan sayur-sayuran serta geran pemadanan dan penyelidikan produk herba dan penternakan ikan dalam sangkar;
Kedua: 180 juta ringgit bagi menaiktaraf infrastruktur saliran dan pengairan di kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu
Ketiga: 190 juta ringgit kepada FAMA, bagi tujuan Program Penurunan Harga, dengan menambah 50 buah lagi Pasar Tani dan mewujudkan 150 Agrobazaar Rakyat 1Malaysia atau ABR1M yang baru. 40 peratus daripada barang jualan ABR1M, adalah barang-barang basah seperti ikan dan sayur yang harganya, dianggarkan 5 hingga 30 peratus lebih rendah daripada harga pasaran; dan
Keempat: 90 juta ringgit diperuntukkan untuk Program Pembangunan Agropreneur Muda dalam bentuk geran in-kind, Dana Pembiayaan Usahawan, penjenamaan semula MARDI, Jabatan Veterinar, Jabatan Pertanian dan Jabatan Perikanan; serta pelaksanaan Projek Ladang Pengganda untuk penternakan lembu dan ladang ayam kampung.
98. Dalam mengolah dasar sesuai dengan keadaan ekonomi terkini, Kerajaan mencadangkan galakan cukai bagi aktiviti pengeluaran bahan makanan dilanjutkan
sehingga 2020. Insentif yang disediakan adalah seperti berikut:
Pertama: Syarikat yang melabur dalam syarikat subsidiari yang menjalankan projek pengeluaran bahan makanan, akan diberi potongan cukai bersamaan jumlah pelaburan yang dibuat;
Kedua: Syarikat yang menjalankan projek baharu pengeluaran bahan makanan pula diberi pengecualian cukai pendapatan 100 peratus selama 10 tahun; dan
Ketiga: Syarikat sedia ada yang menjalankan projek pembesaran pula, juga diberikan insentif yang sama untuk tempoh 5 tahun.
99. Skop insentif juga akan diperluas kepada ternakan rusa, tanaman cendawan, kelapa, rumpai laut, lebah madu dan kelulut serta tanaman makanan ternakan
seperti ubi keledek dan ubi kayu.
Tuan Yang Dipertua,
100. Sehubungan dengan tindakan-tindakan tadi, Kerajaan akan melipat-gandakan sokongan untuk memperkukuhkan eksport negara.
101. Dengan itu, 235 juta ringgit diperuntukkan kepada MATRADE, untuk Program Promosi 1Malaysia, Dana Eksport Perkhidmatan dan Dana Promosi Eksport.
102. MATRADE dan SME Corp juga akan meningkatkan keupayaan PKS dan syarikat peringkat pertengahan atau mid-tier, untuk mengeksport barangan dan perkhidmatan ke luar negara.
103. Seterusnya, bagi mempelbagaikan penggunaan matawang asing untuk urusan perdagangan pula, Bank Negara Malaysia menyediakan kemudahan credit swap Ringgit-Renminbi kepada bank tempatan.
104. Pada masa ini, PKS boleh menuntut pengecualian cukai pendapatan sebanyak 10 atau 15 peratus daripada nilai peningkatan eksport. Untuk terus meningkatkan eksport, PKS diberi kelonggaran mematuhi syarat nilai tambah iaitu 30 peratuskepada 20 peratus, dan 50 peratus kepada 40 peratus bagi produk perkilangan. Kelonggaran ini akan diberikan bagi tahun taksiran 2016 hingga 2018.
105. Bagi menggalakkan perkhidmatan penilaian dan pematuhan piawaian antarabangsa dilakukan di dalam negara, Kerajaan akan memberi galakan untuk penubuhan Independent Conformity Assessment Bodies atau ICAB.
Tuan Yang Dipertua,
106. Setakat hari ini, Malaysia telah menandatangani 13 perjanjian perdagangan bebas atau FTA iaitu 6 secara serantau melalui ASEAN dan 7 secara dua hala.
107. Sebagai sebuah negara yang mengamalkan dasar ekonomi terbuka, di mana jumlah dagangan adalah sekitar 150 peratus melebihi KDNK, Kerajaan telah menerima secara prinsipnya, Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik atau TPP. Walaubagaimanapun, pertimbangan secara muktamad akan dibuat di Parlimen kelak.
Tuan Yang Dipertua,
108. KEUTAMAAN KEDUA: MENINGKATKAN PRODUKTIVITI, INOVASI DAN TEKNOLOGI HIJAU. Lonjakan inovasi dan kreativiti adalah kritikal untuk meningkatkan produktiviti kita. Penggunaan teknologi hijau akan turut membantu melestarikan sumber-sumber asli negara.
109. Oleh yang demikian, Kerajaan mensasarkan pertumbuhan produktiviti buruh sebanyak 3.7 peratus setahun melalui:
110. Langkah Satu: Bagi menjadikan negara sebagai hab teknologi yang kompetitif di rantau ini, 1.5 bilion ringgit diperuntukkan kepada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.
111. Lantaran, 2016 akan diisytiharkan sebagai Tahun Pengkomersilan Malaysia, dalam melonjakkan hasil produk R&D oleh institusi penyelidikan tempatan. Maka, inisiatif- inisiatif berikut akan dilaksanakan:
Pertama: PKS yang membuat perbelanjaan untuk projek R&D sehingga 50 ribu ringgit bagi setiap tahun taksiran, layak menuntut potongan cukai dua kali secara automatik. Kemudahan ini diberikan bagi tahun taksiran 2016 sehingga 2018;
Kedua: 100 juta ringgit kepada Agensi Inovasi Malaysia;
Ketiga: 200 juta ringgit di bawah Skim Dana Lonjakan Teknologi dan Inovasi oleh Malaysia Debt Ventures Bhd;
Keempat: 35 juta ringgit kepada MaGIC, sebagai Peneraju Hab Keusahawanan dan Inovasi Serantau, termasuk 10 juta ringgit sebagai dana permulaan untuk Corporate Entrepreneurs Responsibility Fund;
Kelima: 30 juta ringgit untuk pelbagai program keusahawanan generasi muda seperti Global Entrepreneurship Community, BAHTERA, GREAT, 1MET, National Innovation Competition serta Projek Perintis Coding di sekolah; dan
Keenam: Bagi menggiatkan aktiviti demand driven innovation, pada tahun 2016, Kerajaan akan memperuntukkan 50 juta ringgit untuk Public-Private Research Network.
Tuan Yang Dipertua,
112. Langkah Dua: Bagi mempertingkatkan penggunaan teknologi dalam sektor pembinaan, Kerajaan akan menggalakkan lagi penggunaan teknologi Industrialised Building System atau IBS. Sehubungan itu, Kerajaan menggalakkan lebih banyak syarikat menggunapakai teknologi IBS.
113. Bagi tujuan ini, dana khas IBS Promotion Fund sebanyak 500 juta ringgit disediakan melalui SME Bank, sebagai pinjaman mudah kepada pemaju dan kontraktor kategori G5 dan ke bawah.
114. Langkah Tiga: Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air akan melaksanakan pelbagai usaha teknologi hijau termasuk penyediaan bekalan air bersih, melalui pembinaan loji rawatan air, dengan peruntukan 877 juta ringgit. 515 juta ringgit pula, diperuntukkan bagi meningkatkan mutu bekalan elektrik di Sabah.
115. Kerajaan turut mensasarkan pengurangan intensiti pelepasan gas rumah hijau sehingga 40 peratus KDNK pada tahun 2020, melalui:
Pertama: Pelaksanaan Pelan Tindakan Mobiliti Elektrik termasuk proses audit tenaga dengan peruntukan 45 juta ringgit;
Kedua: Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari atau SEDA melaksanakan Skim Pemeteran Tenaga Bersih, dengan kuota 100 MW setahun, dalam menggalakkan penggunaan solar photovoltaic; dan
Ketiga: Melanjutkan tempoh pelaksanaan Skim Pembiayaan Teknologi Hijau sehingga 31 Disember 2017, dengan dana sebanyak 1.2 bilion ringgit.
Tuan Yang Dipertua,
116. KEUTAMAAN KETIGA: MEMPERSIAGA MODAL INSAN. Perkara ini amat kritikal untuk masa depan negara. Justeru Kerajaan akan mengambil langkah-langkah seperti:
117. Langkah 1: Di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, sebanyak 41.3 bilion ringgit akan diperuntukkan pada 2016.
118. Antara lain, Kerajaan akan membina:
• 30 sekolah rendah;
• 27 sekolah menengah;
• 4 buah MRSM di Sik, Kedah, serta Ketereh, Tanah Merah, Kelantan, Bagan
Datoh, Perak; dan
• 5 buah Sekolah Berasrama Penuh di Alor Gajah, Melaka, Pendang, Kedah,
Segamat dan Ledang di Johor dan Jerantut, Pahang.
119. Untuk peringkat kelas prasekolah pula, 44.6 juta ringgit diperuntukkan untuk pelbagai program di 9,113 buah kelas seluruh Malaysia.
Tuan Yang Dipertua,
120. Untuk meningkatkan Penguasaaan Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris, 135 juta ringgit diperuntukkan bagi program Memartabat Bahasa Malaysia dan
Memperkukuh Bahasa Inggeris.
121. Oleh kerana, Bahasa Inggeris amat penting dalam persaingan global semasa, maka dua lagi inisiatif, iaitu Dual Language Programme dan Highly Immersive Programme akan dilaksanakan secara optional dengan kos 38.5 juta ringgit. Dalam hal ini, 300 buah sekolah telah dikenal pasti sebagai projek perintis.
122. Bagi meringankan tanggungan ibubapa untuk perbelanjaan persekolahan anak-anak, bantuan 100 ringgit akan diteruskan. Mulai Januari 2016, ia hanya dikhususkan kepada pelajar sekolah dari kalangan isi rumah berpendapatan 3 ribu ringgit ke bawah. Ini memanfaatkan 3.5 juta pelajar dengan peruntukan 350 juta ringgit.
123. Selain itu, program rancangan makanan tambahan yang melibatkan 550 ribu pelajar dari keluarga miskin yang tersenarai dalam eKasih akan ditambah baik.
124. Program ini, yang sebelumnya hanya tertakluk kepada makanan waktu rehat, akan diperluaskan dengan kos tambahan 173 juta ringgit untuk sarapan pagi. Kos keseluruhan program ini sebanyak 423 juta ringgit.
Tuan Yang Dipertua,
125. Seperti tahun-tahun sebelum ini, Kerajaan juga terus menyediakan peruntukan untuk membangunkan dan menyelenggara Fasiliti Pendidikan untuk Sekolah Kebangsaan; Sekolah Jenis Kebangsaan Cina; Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil; Sekolah Mubaligh; Sekolah Berasrama Penuh; Sekolah Agama Bantuan Kerajaan; MRSM; Sekolah Pondok yang berdaftar dan Sekolah Menengah Kebangsaan
Cina atau Conforming School yang mengguna pakai kurikulum Kebangsaan. Peruntukan bagi tujuan ini, keseluruhannya berjumlah 500 juta ringgit.
126. Langkah Dua: Pembiayaan biasiswa diteruskan dengan agihan, antaranya seperti berikut:
• 1.65 bilion ringgit melalui Jabatan Perkhidmatan Awam;
• 288 juta ringgit melalui Kementerian Pendidikan;
• 250 juta ringgit melalui Kementerian Pendidikan Tinggi; dan
• 258 juta ringgit melalui Kementerian Kesihatan.
127. Selanjutnya, dalam menggalakkan lagi pendidikan tinggi, sukacita saya umumkan, had maksima pelepasan cukai ke atas yuran pengajian pendidikan tinggi bagi pembayar cukai individu, dinaikkan kepada 7 ribu ringgit daripada 5 ribu ringgit setahun.
128. Ini dilengkapkan lagi dengan penerusan Program Baucar Buku 1Malaysia yang bernilai 250 ringgit, bagi 1.2 juta pelajar. Untuk mengelakkan salah guna baucar ini, kaedah penebusan akan diperkemaskan hanya di kedai-kedai buku yang diiktiraf.
Tuan Yang Dipertua,
129. Langkah Tiga: Dalam usaha untuk meningkatkan pendapatan pekerja, kita mensasarkan 60 peratus daripada 1.5 juta pekerjaan baharu, adalah pekerja berkemahiran TVET menjelang 2020. Sejumlah 4.8 bilion ringgit diperuntukkan kepada 545 Institusi TVET di bawah Bajet ini.
130. Dalam usaha ini juga, MITI akan menubuhkan sebuah Jawatankuasa Kemahiran Industri bagi menyelaras program TVET dengan kerjasama pihak industri.
131. Selain daripada itu, lebih 330 ribu pelatih akan mendapat manfaat daripada inisiatif ini melalui antaranya program-program berikut:
Pertama: 585 juta ringgit untuk peralatan latihan TVET di Politeknik, Kolej Komuniti, Institut Kemahiran MARA, Institut Kemahiran Belia Negara, Institut Latihan Perindustrian, GiatMARA dan Kolej Vokasional;
Kedua: 350 juta ringgit untuk membiayai program di bawah Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran; dan
Ketiga: 80 juta ringgit untuk penubuhan Akademi Pelancongan di Kolej Komuniti Kota Kinabalu, Kolej Vokasional Sandakan serta Institut Latihan Perindustrian Serian, Sarawak.
Tuan Yang Dipertua,
132. Langkah Empat pula, berkenaan Memperkasa Belia, Komuniti dan NGO. Bagi langkah ini, Bajet 2016 memperuntukkan 930 juta ringgit kepada Kementerian Belia dan Sukan bagi inisiatif berikut:
Pertama: 280 juta ringgit untuk latihan teknikal dan vokasional di Institut Kemahiran Belia Negara dan Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara;
Kedua: 50 juta ringgit untuk meningkatkan aktiviti pembangunan belia dalam kegiatan ekonomi dan keusahawanan;
Ketiga: 145 juta ringgit untuk mempersiapkan atlet negara untuk menghadapi cabaran Sukan SEA ke 29, dan Sukan Para ASEAN ke 9 pada tahun 2017 di Kuala Lumpur;
Keempat: 75 juta ringgit untuk terus melahirkan jaguh sukan bertaraf dunia melalui Program Pembangunan Podium Sukan Elit;
Kelima: 22 juta ringgit untuk membina 2 Kompleks Sukan di Bagan Datoh dan Kuantan; dan
Keenam: 360 juta ringgit untuk menambahbaik Program Latihan Khidmat Negara bagi 20 ribu pelatih. Ia melibatkan kurikulum baru seperti kemahiran berfikir secara kreatif dan kemahiran teknikal.
133. Akhir sekali, 160 juta ringgit disediakan untuk NGO-NGO, bagi melaksanakan program berasaskan pembangunan komuniti, perpaduan, kebajikan masyarakat, kesihatan dan keselamatan.
Tuan Yang Dipertua,
134. Langkah Lima, memfokus kepada Kualiti Tenaga Kerja.Bagi meningkatkan kebolehpasaran tenaga kerja, program seperti berikut akan dilaksanakan:
Pertama: Memperuntukkan 30 peratus daripada Kumpulan Wang Pembangunan Sumber Manusia, sebagai dana terkumpul bagi melaksanakan program latihan mengikut keperluan industri setempat di Sabah dan Sarawak, serta Outplacement Centre bagi melatih semula pekerja yang telah diberhentikan; dan
Kedua: Melatih 15 ribu peserta melalui program Skim Latihan 1Malaysia atau SL1M dengan kos 250 juta ringgit yang akan dibiayai sepenuhnya oleh GLC.
Tuan Yang Dipertua,
135. Untuk Menambahbaik Pengurusan Tenaga Kerja Asing pula, sebanyak 77 juta ringgit akan diperuntukkan oleh PSMB bagi menjalankan program seperti Train & Replace dalam bidang terpilih seperti hospitaliti, perkapalan dan pengangkutan.
Tuan Yang Dipertua,
136. Kerajaan terus komited dengan hasrat untuk mencapai sekurang-kurangnya 30 peratus penglibatan wanita di peringkat membuat keputusan dalam sektor awam dan swasta. Ini termasuklah di peringkat Lembaga Pengarah; dan Kerajaan akan sentiasa memantau pencapaian dasar ini.
Tuan Yang Dipertua,
137. KEUTAMAAN KEEMPAT: MEMPERKASA AGENDA BUMIPUTERA. Perlu saya tegaskan, bahawa pemerkasaan Bumiputera adalah agenda nasional dan ini tentunya, merangkumi pembangunan masyarakat Bumiputera di Sabah dan Sarawak.
138. Sebanyak 150 juta ringgit disalurkan kepada TERAJU untuk pelaksanaan pelbagai program termasuk Skim Usahawan Permulaan Bumiputera dan Program Syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi
139. 150 juta ringgit diperuntukkan kepada Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera untuk melaksanakan program Peneraju Tunas, Peneraju Profesional serta Peneraju Skil dan Iltizam.
140. Manakala, kepada MARA pula, diperuntukkan 3.7 bilion ringgit, termasuk menaja pengajian 72 ribu pelajar Bumiputera di peringkat pendidikan tinggi.
141. Bagi memantapkan pemilikan ekuiti serta memperhebat keusahawanan dan perniagaan Bumiputera, peruntukan akan diberikan seperti berikut:
Pertama: 400 juta ringgit kepada Dana Ekuiti Nasional Berhad atau EKUINAS;
Kedua: 250 juta ringgit kepada Perbadanan Usahawan Nasional Berhad;
Ketiga: 150 juta ringgit kepada Pelaburan Hartanah Berhad; dan
Keempat: 100 juta ringgit sebagai pinjaman kepada UDA Holdings untuk tujuan pembangunan Kampung Baru Kuala Lumpur.
Tuan Yang Dipertua,
142. Manakala, untuk agenda pembangunan di Sabah dan Sarawak, langkah-langkah berikut akan dilaksanakan:
Pertama: Lebuhraya Pan Borneo Sarawak yang meliputi jajaran sepanjang 1,090 km, dijangka siap sepenuhnya pada 2021 dengan anggaran kos sebanyak 16.1 bilion ringgit.
Di Sabah pula, fasa 1 lebuhraya ini, akan mula dibina pada 2016 meliputi 706 kilometer, bermula dari Sindumin ke Tawau, dengan anggaran kos 12.8 bilion ringgit. Sukacitanya saya berkongsi sekali lagi, Lebuhraya Pan Borneo ini akan bebas daripada sebarang bayaran tol;
Kedua: Pengangkutan penumpang udara merupakan antara mod utama pengangkutan bagi penduduk pedalaman, di Sabah dan Sarawak serta Labuan. Maka, perkhidmatan pengangkutan penumpang udara domestik kelas ekonomi bagi laluan Rural Air Services dikecualikan daripada GST;
Ketiga: Sebagai satu program baru, 70 juta ringgit disediakan melalui Bank Simpanan Nasional dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak, bagi pinjaman tanpa faedah untuk tujuan membina rumah-rumah panjang dengan had pinjaman 50 ribu ringgit untuk setiap unit di rumah panjang;
Keempat: 70 juta ringgit sebagai subsidi baja padi huma disediakan untuk meningkatkan bekalan makanan dan pendapatan penanam padi huma, yang meliputi kawasan seluas 65 ribu hektar di Sarawak, dan 11 ribu hektar di Sabah;
Kelima: 260 juta ringgit disediakan untuk Program 1Harga 1Sarawak dan Program 1Harga 1Sabah bagi memastikan keseragaman harga barangan terpilih di seluruh negara;
Keenam: 115 juta ringgit disediakan khusus bagi Program Khas Bumiputera Sabah dan Sarawak, seperti untuk projek native customary rights, yang merangkumi prosedur-prosedur pemetaan dan pengukuran tanah-tanah adat, serta melibatkan kos membina native courts, atau mahkamah-mahkamah adat. Bagi projek native customary rights, 20 juta daripada jumlah tersebut untuk pemetaan tanah di Sabah, dan 30 juta ringgit pula, untuk tujuan yang sama di Sarawak; dan
Ketujuh: Meningkatkan perkhidmatan Klinik Bergerak 1Malaysia di pendalaman Sabah dan Sarawak, termasuk pembelian bot dan kenderaan baru.
Tuan Yang Dipertua,
143. KEUTAMAAN KELIMA: MERINGANKAN KOS SARA HIDUP RAKYAT. Hal ini, adalah amat dekat di hati saya dan Kerajaan. Makanya, pelbagai inisiatif akan dilakukan melalui:
144. Langkah Satu: Meningkatkan Taraf Hidup Isi Rumah B40, di mana:
Pertama: TEKUN akan menyediakan 600 juta ringgit yang meliputi 500 juta ringgit untuk usahawan Bumiputera, dan 100 juta ringgit untuk 10 ribu usahawan India, melalui Skim Pembangunan Usahawan Masyarakat India. Selain itu, 50 juta ringgit disediakan oleh SME Bank untuk membantu usahawan kecil India;
Kedua: Tambahan 200 juta ringgit kepada dana sedia ada untuk Amanah Ikhtiar Malaysia, bagi kemudahan pembiayaan mikro kepada isi rumah B40;
Ketiga: 100 juta ringgit disediakan di bawah Program Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India yang melibatkan kerjasama NGO dengan Institut Latihan Kemahiran Swasta;
Keempat: Tambahan 90 juta ringgit sebagai pinjaman mikro kredit kepada penjaja dan peniaga-peniaga kecil kaum Cina yang termasuk 50 juta ringgit untuk KOJADI.
Seterusnya, 40 juta ringgit bagi melaksanakan projek infrastruktur dan program pinjaman mudah kepada penduduk kampung-kampung baru Cina bagi pembayaran premium tanah dan membaik pulih rumah;
Kelima: 50 juta ringgit kepada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, untuk Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya serta Program Peningkatan Pendapatan. Melalui kedua-dua program ini, peserta akan mendapat manfaat latihan kemahiran dan juga bantuan berbentuk aset serta bahan mentah; dan
Keenam: Menyediakan 100 juta ringgit kepada Institusi Latihan Kemahiran Swasta dan NGO bagi meningkatkan kemahiran B40 untuk mereka mendapat pekerjaan atau memulakan perniagaan.
Tuan Yang Dipertua,
145. Sejak dulu lagi, Kerajaan ini sungguh prihatin terhadap kebajikan dan kemajuan masyarakat Orang Asli. Untuk ini, sebanyak 300 juta ringgit disediakan
bagi melaksanakan:
Pertama: Pembangunan Perkampungan Bersepadu antaranya di Sungai Siput, Perak yang merangkumi pembinaan jalan perhubungan, penyediaan bekalan elektrik dan air terawat dengan peruntukan 80 juta ringgit;
Kedua: Bantuan makanan tambahan, wang saku dan tambang pengangkutan sekolah sebanyak 45 juta ringgit; dan
Ketiga: Projek pembangunan ladang getah dan kelapa sawit serta tanaman kontan, menerusi Projek Pembangunan Ekonomi Orang Asli sebanyak 25 juta ringgit.
146. Untuk golongan B40 lagi, program eRezeki dan eUsahawan akan diperluaskan ke seluruh negara, untuk menambah peluang pekerjaan dan meningkatkan pendapatan mereka. Kerajaan mensasarkan 100 ribu dari kalangan B40 mendapat manfaat dengan peruntukan sebanyak 100 juta ringgit, yang disediakan oleh Kementerian
Komunikasi dan Multimedia Malaysia.
Tuan Yang Dipertua,
147. Untuk Golongan Pesawah, Pekebun Kecil dan Penoreh Getah pula, Bajet kali ini menyediakan 852 juta ringgit kepada RISDA dan FELCRA untuk melaksanakan pelbagai program peningkatan pendapatan dan produktiviti.
148. Kerajaan bercadang menambahbaik Insentif Pengeluaran Getah atau IPG. Untukini, sukacita saya umumkan, paras pengaktifan IPG dinaikkan daripada 4 ringgit 60 sen, kepada 5 ringgit 50 sen sekilogram, bagi getah SMR20 Freight On Board. Bagi getah skrap atau cuplumps di peringkat ladang pula, dinaikkan daripada 1 ringgit 75 sen, kepada 2 ringgit 20 sen sekilogram.
149. Sebagai ilustrasi, berdasarkan purata pengeluaran 250 kilogram sebulan bagi setiap hektar, pemilik kebun seluas 2 hektar dijangka mampu meraih
pendapatan seribu ringgit sebulan. Ini adalah pada harga pasaran getah skrap 2 ringgit sekilogram.
150. Kini, dengan bayaran tambahan IPG sebanyak 20 sen bagi setiap kilogram, pendapatan keseluruhan pemilik kebun tersebut akan meningkat kepada 1,100 ringgit sebulan.
Tuan Yang Dipertua,
201. Pokoknya,… bagi Kerajaan ini,… rakyat adalah segala-galanya. Khabar bahagia sudahpun tiba. Maka, ingin saya umumkan, berkuatkuasa 1 Julai 2016, gaji minimum negara dinaikkan daripada 900 ringgit kepada 1,000 ringgit sebulan bagi Semenanjung, dan daripada 800 ringgit kepada 920 ringgit sebulan bagi Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan. Gaji minimum ini melibatkan semua sektor, kecuali perkhidmatan domestik atau pembantu rumah.
Tuan Yang Dipertua,
202. Tidak cukup sekadar itu,… bagi meringankan beban kos sara hidup kepada semua penjawat awam, Kerajaan bersetuju dengan pemberian khas sebanyak 500 ringgit kepada semua penjawat awam.
203. Manakala, bagi 700 ribu pesara Kerajaan pula, bayaran khas 250 ringgit disediakan. Kedua-dua bayaran ini, yang berjumlah hampir 1 bilion ringgit akan dibuat pada bulan Januari 2016.
Tuan Yang Dipertua,
204. Demikianlah, Kerajaan ini tanpa jemu-jemu dan putus-putus ingin membuat kebaikan dan kebajikan kepada sekalian rakyat. Sejak dulu, kesemuanya tidak terbina dengan mudah atau dalam sekelip mata. Ia menuntut kesungguhan dan pengorbanan atas nama kebaktian pada nusa dan bangsa.
205. Lalunya, berbicara tentang betapa susah dan jerih payahnya membina Malaysia tercinta ini,… kita berasa kesal, bahkan sebenarnya, kita amat-amat kesal, dengan tindak-tanduk tidak bertanggungjawab oleh musuh dari dalam, mahupun luar, yang cuba mempalit dan merosakkan imej negara ini.
206. Pada kita,… perbuatan segelintir pihak ini, akan hanya memporak-perandakan, sampai boleh memusnahkan apa yang terbina selama ini.
207. Waima, wujud sesetengah orang, yang kita sendiri kadang-kadang tidak tersangka-sangka, atau terduga-duga, ibarat api di dalam sekam,…menjadi gunting dalam lipatan.
Tuan Yang Dipertua serta Rakyat Malaysia Yang Dikasihi sekalian,…
208. Dalam menghela nafas keinsafan, saya perakui,… benarlah saya ini seorang pemimpin, tetapi saya juga manusia biasa seperti saudara saudari sekalian. Kita sama-sama ada kelebihan dan kelemahan di sana sini.
209. Sayugia,… sambil merujuk-rujuk mafhum tafsir daripada surah Yusuf, bahawa,… Tuhan tidak menyuruh kita berhenti dari berusaha,… Tuhan juga tidak benarkan kita sesekali berputus asa dari rahmatNya,… dan apatah lagi sesungguhnya,… Tuhan juga tetap menjanjikan kepada hamba-hambanya yang berislah dan beriltizam, bahawa,… kejayaan pasti menjelma jua.
210. Sebab itu,… Tuan yang Dipertua,… sudah menjadi adat orang berjuang, pasti akan menempuh rintangan dan dugaan. Namun,… biar pun berjuta gugatan menghalang, biar menggunung ombak mendatang, kita,…kita tidak akan sesekali berputus harapan.
211. Kini,…Tuan Yang Dipertua, saya,… bersama-sama dengan Timbalan Perdana Menteri YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi,… berserta anggota pentadbiran dan pimpinan-pimpinan Barisan Nasional,… sehati sejiwa,… akan tetap tabah dan bertawakal meneruskan perjuangan yang mulia ini.
212. Nescaya, dengan dipersaksikan masa dan dineraca oleh waktu,… yang benar tetap benar,… sejarahnya kelak menjadi bukti.
213. Akhir kalam,… bak kata para hukama’,… yang indah-indah itu dari Ilahi dan yang kurang itu sifat insani. Marilah kita berdoa kepada Maha Pencipta, agar tiap sesuatu akan kembali pulih seperti sediakala. Semoga Bajet ini dilimpah-limpah Rahmat-Nya dan membawa sentosa kepada semua.
Tuan Yang Dipertua,
Saya mohon mencadangkan.
Wabillahi Taufik Wal Hidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

5 Finalis AF 2014








AF 2014 MASUK: Adel Diserap Masuk Konsert AF 2014 Minggu 9


Sah! Adel dipilih sebagai peserta AF MASUK! Adel yang tersingkir sebelum ni, berjaya menambat hati pengetua, tenaga pengajar AF 2014 dan pihak Astro. Ini bermakna, Adel akan berentap di Konsert Separuh Akhir iaitu Konsert AF 2014 minggu ke-9. Tahniah buat Adel!

Sebelum ni, pengumuman mengenai AF 2014 SERAP MASUK dibuat melalui rancangan Meletop yang disiarkan Selasa lepas. Tepat jangkaan aku! Bahawasanya, Adel AF 2014 yang dipilih AF MASUK. Pengumuman peserta yang dipilih untuk diserap masuk telah diumumkan di Konsert AF 2014 Minggu 9 (Konsert AF 2014 Separuh Akhir) bertarikh 2 November 2014.
 
Keputusan pemilihan peserta yang layak diserap masuk (AF SERAP MASUK) telah ditentukan oleh pihak pengetua AF 2014 iaitu Datuk Hattan, barisan tenaga pengajar dan juga persetujuan pihak Astro. Ini bermakna, penonton tidak perlu menghabiskan kredit untuk membuat AFUNDI MASUK. Bertuah peminat Adel, sebab dapat jimat kredit. Hihi.. Apa pun jangan lupa vote Adel di Konsert Akhir AF 2014 nanti.  

Jangan Pandang Remeh Jika Kemaluan Gatal







Kebanyakan wanita malu untuk berjumpa doktor apabila menghadapi masalah pada kemaluan atau faraj (vagina). Keadaan seperti rasa gatal, keluar lendir, sering membuang air kecil dan alat sulit berbau bukan perkara biasa yang dialami dan anda sebenarnya boleh mendapatkan rawatan bagi menangani masalah berkenaan.

Malangnya ramai wanita menganggap keadaan berkenaan berlaku seiring dengan usia atau masalah biasa selepas kedatangan haid. Ada kalanya, keadaan itu boleh menjejaskan mutu kehidupan termasuk aktiviti harian tidak berjalan dengan lancar berikutan rasa kurang selesa…….[optinlocker]

Masalah jangkitan pada faraj sering kali berlaku pada wanita tanpa mengira latar belakang dan usia, sama ada bagi yang sudah mendirikan rumah tangga dan juga yang masih remaja. Bagaimanapun masih ramai lagi wanita pada masa kini, kurang berpengetahuan mengenai punca gejala masalah itu dan sering mengabaikan cara rawatan yang betul.

Infeksi

Ada juga penyebab lain yang menimbulkan masalah yang sama seperti mana yang dihadapi oleh puan. Salah satunya adalah, infeksi cacing kremi (Oksiuriasis, Enterobiasis). Ia adalah suatu infeksi parasit yang terutama menyerang anak-anak, dimana cacing Enterobius vermicularis berkembang biak di dalam usus. Kebiasaannya ia menyebabkan rasa gatal yang hebat di sekitar anus, kurang tidur (biasanya kerana rasa gatal yang timbul pada malam hari ketika cacing betina dewasa bergerak ke kawasan anus (dubur) dan menyimpan telurnya di sana), rasa gatal atau iritasi pada bahagian faraj (jika cacing dewasa masuk ke dalam faraj) dan di sekitar anus menjadi melecet, kasar, atau terjadi infeksi (akibat kerap menggaru).

Infeksi cacing kremi dapat disembuhkan melalui pemberian ubat anti-parasit seperti mebendazole, albendazole atau pirantel pamoat. Seluruh anggota keluarga dalam satu rumah harus mengambil ubat tersebut kerana infeksi berulang boleh menyebar dari satu orang kepada yang lainnya. Untuk mengurangi rasa gatal, boleh dioleskan krim anti gatal ke kawasan sekitar anus sebanyak dua hingga tiga kali/hari.

Kudis buta

Penyakit lain yang boleh menimbulkan gejala gatal pada luar faraj adalah penyakit scabies atau dikenali juga sebagai kudis buta. Scabies adalah penyakit kulit yang disebabkan oleh infestasi hama anthropod yang dikenali sebagai Sarcoptes scabie. Penyakit ini disebarkan melalui pendedahan yang berpanjangan kepada mereka yang mengidap scabies ini.

Organ utama yang terlibat adalah kulit di mana hama scabies betina akan masuk ke dalam kulit dan meninggalkan bahan-bahan buangannya (debris), telur dan najis hama ini. Keadaan ini menyebabkan tindakbalas alergi berlaku dan menyebabkan kesan gatal-gatal dan reaksi imunologi pada kulit. Kesan utama apabila terkena scabies adalah gatal pada badan terutamanya pada waktu malam.




Rawatan

Rawatan adalah dengan memberi ubat sapu (untuk membunuh scabies dewasa, larva dan telur) pada seluruh anggota badan (leher ke bawah) yang perlu disapu pada waktu malam untuk tiga malam berturut-turut dan dibiarkan sehingga esok pagi baru dicuci.

Adalah penting untuk merawat anggota keluarga yang tinggal serumah bagi mengelakkan jangkitan ini daripada berulang. Pakaian, selimut, sarung bantal serta apa-apa yang dipakai perlulah dicuci dan direndam dalam air panas mendidih untuk membunuh scabies, larva atau telur yang melekat pada pakaian tersebut.

Hanya dengan cara meniadakan penyebab gatal-gatalnya, keluhan yang biasa mengganggu tidur malam itu, boleh diredakan. Kebersihan kemaluan ditingkatkan dengan membersihkan menggunakan air bersih, pemakaian pakaian dalam yang tidak ketat dan dibuat dari bahan kain kapas. Hindarkan pemakaian sabun, pengharum pada faraj (vagina), serta jenis ubat-ubatan yang dapat mengiritasi permukaan kemaluan. Pilihlah sabun bayi dan bukan sabun wangi apalagi deterjen. Usah malu dan janganlah melengah-lengahkan untuk mendapat perawatan. Berjumpalah dengan doktor dan rawatan yang terbaik dapat diberikan.

Bakal Orang Terkaya Ditahan Reman


GEORGE TOWN: Lelaki warganegara China, Zhang Jian yang menggelarkan dirinya 'Bakal orang Terkaya Di Dunia' telah ditahan di Thailand.

Jian Ditahan oleh Polis Thailand berkaitan dengan skim piramid yang melibatkan mangsa di China dan Malaysia dengan jumlah lebih kurang 6 Bilion baht (RM600juta) dan 3 bilon baht (RM300 juta).


Mengikut The Nation, pihak polis juga turut mencari warga Thai yang terlibat dengan skim yang dilancarkan pada Jun lalu.

Laporan akhbar itu juga berkata, polis Bangkok turut menahan Song Miqui,37, dan Wang Wenfang,29, dalam sebuah kondominium di Pathumwan pada Isnin dan merampas wang tunai dalam pelbagai matawang.

Pihak polis juga turut merampas lima kontrak penjualan tanah di Phuket bernilai 22.3 juta baht (RM2.23juta), dua perjanjian tanah di Phuket serta akaun bank berjumlah 1.5 juta bath (RM150,000) dan kad pengenalan Thailand.

Jian,26, pengasas YSLM atau turut dikenali Yun Shu Mao-'multi-level marketing' turut dilaporkan menyertai 100 hari program di kuil, Phuket sejak awal bulan Ogos.

Pun begitu, menurut sumber, dia terpaksa berhenti separuh jalan kerana kuil tersebut dipenuhi dengan orang ramai yang mahu menjadi pengikutnya dan menyertai YSLM.

Jelas Jiang, dia telah menyumbang RM394,330 kepada kuil itu selepas syarikatnya mencapai sasaran RM50 juta.

Awal Julai lalu, Jian menjadi perhatian media Malaysia apabila mukanya muncul dipapan iklan gergasi yang mendakwa dia adalah 'Bakal Orang Terkaya Di Dunia'.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan telah membuat siasatan dan mendapati YSLM berikatan dengan skim cepat kaya sebelum Jian meninggalkan negara ini pergi ke Thailand.

YSLM selepas itu menawarkan untuk mengembalikan wang kepada ahli-ahlinya yang belum memperkenalkan skim ini kepada orang lain.

Dendam Orang Mati Full Movie

                                             Sinopsis filem Dendam Orang Mati, gambar Dendam Orang Mati, pelakon Dendam Orang Mati, Lena - Lisa Surihani, Shahrul - Fizz Fairuz, Min - Miera Liyana, kisah Dendam Orang Mati, filem seram


Filem Dendam Orang Mati ini adalah filem terbaru terbitan KRU Studios yang bakal ditayangkan pada 23 Oktober 2014 ini. Mengisahkan Lena (Lisa Surihani), seorang gadis yang baru tersedar daripada koma dan menghidap amnesia. Bagaimanapun, Lena pada masa yang sama telah diganggu oleh makhluk halus yang mahu membalas dendam. Ironinya, sepanjang tempoh koma, suaminya Shahrul (Fizz Fairuz) telah berkahwin dengan Min (Miera Liyana) dan tinggal di rumah peninggalan bapa Lena. Apakah makhluk yang sering membelenggu Lena di tingkat 4 rumahnya? Haa, kalau nak tahu, korang kenalah tengok sendiri.





Kisah Gerhana Bulan





Tahukah anda yang malam ini bukan sahaja akan berlaku kejadian gerhana bulan penuh malah juga akan berlaku dua lagi kejadian lain iaitu penampahan Uranus dan juga Selenelion.


Fenomena gerhana bulan merah yang turut dikenali sebagai ‘Gerhana Bulan Berdarah’ terjadi apabila kedudukan Bumi terletak pada kedudukan sejajar di antara Matahari dan Bulan.

Ketika itu, bayang Bumi yang menutupi permukaan Bulan itu akan menghasilkan bias berwarna merah seakan warna darah. Kali terakhir fenomena ini berlaku adalah pada 15 April tahun ini.

Selain fenomena bulan berdarah, satu lagi fenomena di mana planet Uranus boleh dilihat dengan mata kasar bakal berlaku malam ini, lapor TribunJogja.com.

Terdapat dua faktor yang membolehkan penampakan planet tersebut iaitu jaraknya yang dekat dengan Bumi, serta keadaan gerhana itu sendiri.

Seorang sumber astrologi Indonesia menyatakan bahawa Uranus dijangka dapat dilihat sebagai sebuah titik kecil yang menyerupai bintang dengan cahaya samar bermagnitud +5.

Namun, detik tersebut agak singkat dan mereka yang terlatih sahaja berpeluang mengesannya di dada langit. Oleh kerana cahayanya samar, Uranus hanya dapat dikesan dengan mata kasar pada saat gerhana terjadi sepenuhnya.

Sebelum atau selepas detik itu, kelibat planet ketujuh dalam sistem cakerawala itu akan pudar dan menghilang.

Fenomena selenelion pula merujuk kepada kejadian kedua-dua Matahari dan bulan gerhana yang dapat dilihat serentak. Ia hanya boleh terjadi pada detik sebelum matahari terbit atau terbenam.

Secara ringkasnya, ia adalah fenomena apabila dua objek langit terpisah 180 darjah dari sudut pandang manusia di Bumi.

Pada waktu senja nanti, selenelion yang terjadi melibatkan Bulan dan Matahari. Ini bermakna Matahari akan disaksikan tepat di ufuk barat manakala Bulan pula di ufuk timur.

Cara Menjaga Hubungan Cinta Jarak Jauh




Banyak yang berpandangan negatif ketika dihadapkan pada permasalahan menjalin kasih dalam hubungan jarak jauh. Meskipun kita hidup di era digital yang serba canggih dan modern, namun masih banyak di luar sana yang tidak dapat mempertahankan kisah cinta mereka karenaperbedaan jarak.

Sebenarnya apabila ditelaah lebih dalam, apakah jarak benar-benar merupakan pokok permasalahan kisah cinta 2 orang berakhir? Bagaimana dengan pacar yang tinggal hanya di sebelah rumah, apakah bisa menjamin kisah cintanya akan langgeng terus?

Nah, buat kamu-kamu yang sedang dalam hubungan jarak jauh dengan pacar kamu, berikut beberapa tips untuk LDR, semoga saja berguna.

1. Kepercayaan
Ibarat membangun sebuah rumah, dibutuhkan pondasi yang kuat dan kokoh, sama halnya dengan menjalin hubungan, juga dibutuhkan kepercayaan sebagai pondasinya. Sebuah hubungan yang didasari kepercayaan, tidakk akan rapuh oleh jarak dan waktu.

2. Komitmen
“Jangan pernah berjanji, jika tidak dapat menepatinya”. Yah… Komitmen itu bukan hanya kata-kata belaka, tetapi harus diiringi dengan tindakan, siap menerima segala konsekuensi di depan mata, baik dalam keadaan terhimpit dan menyesakkan dada.

3. Komunikasi
Komunikasi tidak dapat dielakkan dalam sebuah hubungan. Beruntunglah karena kita hidup di zaman yang sudah canggih, dengan adanya sarana komunikasi via telepon atau handphone seakan mempersempit jarak yang ada. Buatlah pembicaraan tidak hanya sekedar sapaan, ciptakan suasana segar dengan berbagi joke dan hal-hal menarik yang terjadi dan usahakan terjadi komunikasi dua arah.

4. Kirimkan kata-kata romantis
Kirimkan pesan romantis yang bisa kamu karang sendiri atau - kalau kamu tidak cukup pandai merangkai kata cinta - caplok punya orang - tapi usahakan jangan yang sudah basi - terus kirim ke pacar kamu yang jauh di sana, pasti dia sangat menyukainya.

5.Ketetapan hati
Nah, tips yang satu ini gak kalah penting. Selain perbedaan jarak, kamu juga harus menjaga ketetapan hati kamu terhadap godaan yang datang dari lawan jenis. Tidak jarang karena masalah ini memicu pertengkaran - dan perang dingin - yang akhirnya berbuntung perpisahan.

6.Kurangi khawatir berlebihan
Selalu berpikir positif adalah salah satu kunci sukses menjaga hubungan jarak jauh. Jangan menjadi pribadi yang over protective, over sensitive dan over reacting. Biarkan dia bergaul dengan teman-temannya dan jangan membiarkan rasa curiga berlebihan merasuki diri kamu. Seperti kata pepatah “Semakin dikejar, semakin menjauh”.

7.Kirimkan voice note
Dengan adanya perbedaan jarak dan kesibukan masing-masing, cobalah luangkan waktu untuk merekam suara kamu yang berisi pesan romantis dan nyanyian lalu kirim ke dia. Rekaman ini bisa dijadiin ring tone, alarm dan obat rindu loh.

In conclusion, “Jarak” bukanlah pokok permasalahannya, tetapi bagaimana 2 insan tersebut menjalaninya. Kalau bisa langgeng sampai tua, kan bagus juga kisah cintanya diceritakan ke anak cucu, lumayan buat dongeng tidur, hehehe..1. Kepercayaan
Ibarat membangun sebuah rumah, dibutuhkan pondasi yang kuat dan kokoh, sama halnya dengan menjalin hubungan, juga dibutuhkan kepercayaan sebagai pondasinya. Sebuah hubungan yang didasari kepercayaan, tidakk akan rapuh oleh jarak dan waktu.

2. Komitmen
“Jangan pernah berjanji, jika tidak dapat menepatinya”. Yah… Komitmen itu bukan hanya kata-kata belaka, tetapi harus diiringi dengan tindakan, siap menerima segala konsekuensi di depan mata, baik dalam keadaan terhimpit dan menyesakkan dada.

3. Komunikasi
Komunikasi tidak dapat dielakkan dalam sebuah hubungan. Beruntunglah karena kita hidup di zaman yang sudah canggih, dengan adanya sarana komunikasi via telepon atau handphone seakan mempersempit jarak yang ada. Buatlah pembicaraan tidak hanya sekedar sapaan, ciptakan suasana segar dengan berbagi joke dan hal-hal menarik yang terjadi dan usahakan terjadi komunikasi dua arah.

4. Kirimkan kata-kata romantis
Kirimkan pesan romantis yang bisa kamu karang sendiri atau - kalau kamu tidak cukup pandai merangkai kata cinta - caplok punya orang - tapi usahakan jangan yang sudah basi - terus kirim ke pacar kamu yang jauh di sana, pasti dia sangat menyukainya.

5.Ketetapan hati
Nah, tips yang satu ini gak kalah penting. Selain perbedaan jarak, kamu juga harus menjaga ketetapan hati kamu terhadap godaan yang datang dari lawan jenis. Tidak jarang karena masalah ini memicu pertengkaran - dan perang dingin - yang akhirnya berbuntung perpisahan.

6.Kurangi khawatir berlebihan
Selalu berpikir positif adalah salah satu kunci sukses menjaga hubungan jarak jauh. Jangan menjadi pribadi yang over protective, over sensitive dan over reacting. Biarkan dia bergaul dengan teman-temannya dan jangan membiarkan rasa curiga berlebihan merasuki diri kamu. Seperti kata pepatah “Semakin dikejar, semakin menjauh”.

7.Kirimkan voice note
Dengan adanya perbedaan jarak dan kesibukan masing-masing, cobalah luangkan waktu untuk merekam suara kamu yang berisi pesan romantis dan nyanyian lalu kirim ke dia. Rekaman ini bisa dijadiin ring tone, alarm dan obat rindu loh.

In conclusion, “Jarak” bukanlah pokok permasalahannya, tetapi bagaimana 2 insan tersebut menjalaninya. Kalau bisa langgeng sampai tua, kan bagus juga kisah cintanya diceritakan ke anak cucu, lumayan buat dongeng tidur, hehehe..

RUNNING MAN DI MALAYSIA 1 NOV 2014




running man





4 ahli Running Man ini akan menghiburkan peminat Malaysia pada 1 November 2014 (Sabtu) bertempat di Stadium Negara. Tiket berharga RM729 (VIP), RM499 (CAT 1), RM429 (CAT 2), RM299 (CAT 3) dan RM199 (CAT 4) akan mula dijual tidak lama lagi. Memang agak mahal harga tiket yang ditawarkan namun kalau anda peminat setia Running Man, apalah sangat kan?




Untuk maklumat lanjut mengenai kedatangan Running Man ke Malaysia, Sila Klik Sini !!!


KAWAN AKU MATI DALAM RUMAH SEWA download Full movie


Filem Kawan Aku Mati Dalam Rumah Sewa akan menemui penonton di pawagam mulai 14 Ogos ini, menampilkan gabungan pelawak Malaysia seperti kumpulan Bocey, Yassin, Epy Kodiang dan ramai lagi.

TAJUK : KAWAN AKU MATI DALAM RUMAH SEWA
Tarikh Tayangan : 14 Ogos 2014
Genre : Komedi
Pelakon : Abam, Fad, Acey (Bocey), Yassin, Epy Kodiang
Pengarah : Hashim Rejab
Terbitan : Metrowealth

SINOPSIS KAWAN AKU MATI DALAM RUMAH SEWA

Cerita ini menceritakan tentang kehidupan 3 rakan baik yang tinggal bersama di rumah sewa. RUDY, pelakon extra yang sentiasa memainkan watak hantu dalam setiap filem. AKHIR pula adalah seorang pekerja di sebuah stesen minyak dan REMY adalah seorang pengilap kasut. Mereka menyewa rumah yang dimiliki oleh PAK CIK ​​OSMAN BASAH. Ketahui bagaimana salah seorang rakan mereka meninggal dunia di rumah itu?

Kun Maka Yakun




Fatah termenung. Fikirannya kosong. Entah menerewang ke mana.

Sudah beberapa hari dia begitu. Banyak masanya dihabiskan dengan termenung dan melayan perasaannya. Dia macam orang yang tidak keruan. Gila meroyan.

Seminggu ini entah macam-macam ujian yang menimpa Fatah, sehingga ketar lutut juga dibuatnya.

Mula-mula kes anak usrahnya yang mahu lari, tidak mahu lagi berusrah dengan Fatah. Alasan yang diberikan adalah kerana dia merasakan usrah terlalu mengongkong hidupnya dan dia mahu lebih bebas. Katanya, usrah menyebabkan dia tidak lagi kreatif seperti dahulu, tidak boleh lagi menulis status-status jiwang berbunga di Mukabuku dan menconteng grafiti di dinding-dinding jamban. Usrah telah menyebabkan otaknya menjadi jumud!

 Sudah bermacam cara yang digunakan Fatah untuk memujuk anak usrahnya itu; menghadiahkan kek cawan perisa velvet merah, menghantar waksep dengan emotikon-emotikon comel, meng'tag' anak usrahnya itu dengan artikel-artikel atau video TiubAnda yang menggugah dan entah macam-macam lagi, tetapi semuanya macam melukut di tepi gantang sahaja. Kecewa juga Fatah dibuatnya, apatah lagi adik usrahnya itu adalah antara anak emas Fatah.

Kemudian baru-baru ini dia bergeser pula dengan ikhwah serumahnya. Semuanya gara-gara mereka tidak bersetuju dengan cara membawa bulatan gembira yang paling baik. Ada yang kata cara terbaik adalah dimulakan dengan makan-makan dahulu. Ada yang tidak bersetuju dan merasakan bulatan gembira itu sewajarnya seriyes dan formal. Ada pula yang berpendapat, buatlah macam mana pon asalkan bulatan itu gembira, sesuai dengan namanya. Fatah sendiri pelik mengapa ikhwah sampai mahu berbalah tentang isu yang dirasakan remeh itu. Alih-alih dia pula yang dimarahi mereka kerana kononnya tidak sensitif.

Dan terbaru, yang menambahkan rasa gusar dan susah hati Fatah adalah apabila ada seorang akh itu yang menghantar pautan, yang membawanya ke sebuah belog anti-usrah. Terbeliak mata dan tergaru kepala juga Fatah dibuatnya, apabila membaca sepatah demi sepatah kebencian dan cacian yang dilemparkan kepada geng-geng usrah. Langsung tidak disangkanya ada juga golongan sebegitu di dunia ini.

Masalah-masalah ini tampaknya remeh dan mudah sahaja untuk diselesaikan dalam isolasi. Namun apabila masalah-masalah ini bergabung pada masa yang sama, ia benar-benar melemahkan Fatah. Kepalanya terasa seperti mahu pecah memikirkan jalan keluar untuk semua permasalahan tersebut. Sudahlah dia merasakan tiada siapa yang peduli dan ambil tahu akan kekusutan yang sedang dialaminya itu.

Maka Fatah selalu mengambil jalan mudah; tidur. Ya, sekiranya dia tidak tertahan lagi menanggung kepeningan dan kegilaan yang menimpa dirinya itu, dia akan terus tidur. Tidur adalah terapi yang paling baik buat Fatah. Dia berada di dalam dunianya yang sendiri, yang mana dia berkuasa mutlak untuk menentukan jalan ceritanya. Di dalam tidur, dia langsung tidak perlu serabut kepala memikirkan solusi untuk kesemua dilemanya itu.

Tapi Fatah sedar, tidur hanyalah eskapisme buat dirinya untuk lari daripada permasalahan yang sedang dihadapinya. Tidur hanya akan memberikan kelegaan sementara. Sebaik sahaja dia bangkit dari tidurnya, masalah-masalah tiu bertubi-tubi datang menyerangnya kembali.

Fatah buntu. Kalau boleh dia langsung tidak mahu memikirkannya. Buat botak kepala sahaja. Tapi dia bukan begitu; dia bukan manusia yang boleh lari daripada masalah begitu sahaja. Setiap masa dan ketika, masalah-masalah itu akan datang menghantuinya. Ia membunuhnya secara senyap dari dalam.

Fatah sudah seperti mayat hidup; jasad tanpa ruh. Hari-harinya dilalui tanpa semangat dan motivasi.

Tidak semena-mena, ada tangan yang mengejutkannya daripada lamunannya. Tangan itu memeluk erat bahunya. Terasa panas dan selesa.

Afham.

Satu-satunya ikhwah yang masih boleh dipercayai Fatah. Satu-satunya ikhwah yang tampaknya benar-benar ikhlas bersahabat dengan Fatah. Dan satu-satunya ikhwah yang sentiasa ada di sisi ketika mana Fatah betul-betul memerlukannya.

"Eh kau ok ke Fat? Semacam je aku tengok kau sejak kebelakangan ni."

Fatah merenung wajah sahabatnya itu. Dia merasakan seolah-olah mulutnya terkumat-kamit, menuturkan sesuatu kepada Afham. Tapi dia pasti, yang Afham lihat hanyalah sekuntum senyuman tawar daripada dirinya.

"Mehla cite kat aku kalau kau ada masalah. Alah, aku kenal lah kau ni Fat. Muka monyok, rambut serabai macam ni, konfem ada masalah punyalah!"

Mendengar perkataan rambut, spontan Fatah meraba-raba rambutnya. Selalunya dia hensem, dengan rambut yang diminyak dan disisir rapi. Tapi sejak rungsing dengan masalah yang dihadapinya, rambutnya dan berus dawai sudah tidak dapat dibezakan lagi.

Fatah merenung tepat wajah Afham. Kemudian dia memandang ke bawah dan mula bersuara. Halus, seolah-olah sedang bercakap dengan dirinya sendiri.

"Entahlah Fam. Aku rasa.. Aku rasa macam dah takde harapan ah.."

Berkerut wajah Afham mendengarnya.

"Takde harapan? Apa yang takde harapan..?

Sekali lagi Fatah memandang wajah sahabat kesayangannya itu. Pandangan berputus-asa.

"Kita. Islam. Kemenangan. Semua benda yang kita selalu canang-canangkan dalam bulatan-bulatan kita. Slogan-slogan yang selalu kita laung-laungkan dalam konferens-konferens kita. Aku... Aku dah tak yakin dengan semua tu."

Terbeliak mata Afham mendengarnya. Namun cepat-cepat dia mengendurkan otot matanya, supaya tidak terperasan oleh Fatah. Ini seriyes ni.

"Err.. Kenapa kau kata macam tu Fat..? Tiba-tiba je ni. Takde ribut, takde gempa, tak pasal-pasal kau cakap macam ni. Ish. Ni bukan Fatah yang aku kenali.."

"Hmmmm. Macam mana nak menang Fam? Cuba kau bagitau aku. Ikhwah tak bersatu. Benda-benda kecik pon nak gaduh. Walhal, musuh-musuh kat luar sana tu, punyalah teguh saf mereka. Dan mereka punya fikrah yang satu; nak hancurkan Islam! Kita..? Aduhhh Fam, terlalu sibuk bergaduh dan berbalah tentang perkara-perkara yang furu'. Alih-alih, kerja-kerja dakwah yang lebih utama dan penting, terabai! Macam nak menang Fam...??"

Sedikit keras suara Fatah. Bibit-bibit kesal begitu jelas dalam tutur katanya.

"Umat Islam ramai lagi yang tak faham. Bukan setakat tak faham, malah menghina pula orang-orang yang nak buat dakwah ni. Mereka berani, sebab mereka dominan. Mereka ramai. Sebab apa? Sebab KITA tak buat kerja Fam. Kita ni, jahiliyyah pon tak setel lagi. Nak buat dakwah malas. Tarbiyah diri tak jaga. Tapi bincang pasal politik negara kencang. Kutuk kerajaan nombor satu. Buat demo Mesir bukan main laju, tapi bila usrah, semua buat tak tahu. Aduh. Kau rasa Allah nak ke menangkan kita kalau macam ni..?

Dah la pulak tu; saki-baki kita yang nak bekerja ni, asyik kena belasah je. Orang ni tuduh macam tu la, orang tu kata macam ni la. Ramai lagi manusia kat luar sana terkapai-kapai Fam, tapi kita sibuk mencantas dan menjatuhkan antara satu sama lain. Adik-adik yang dah dibina dah la tak seberapa, alih-alih semuanya lari sebab tak tahan dengan politik-politik geng-geng dakwah ni. Dah, apa yang tinggal Fam? Siapa je yang tinggal untuk terus membakar obor perjuangan ni...?

Aku penat Fam, aku penat..."

Afham tersenyum sendiri. Kini dia faham apa masalah Fatah. Bukan sekali dua dia pernah merasakan perasaan yang sama. Bukan sekali dua dia pernah merasa terhimpit, sesak sebegitu.

Afham merapatkan dirinya dengan Fatah. Dipegangnya tangan sahabatnya itu erat-erat. Tampak Fatah seperti terkesima dengan tindakan Afham itu.

"Fat... Aku setuju dengan kau. Macam Syed Qutb cakap dalam Hazaddeen; agama ini tidak mungkin tertegak dengan sendirinya. Ia memerlukan pemuda-pemuda yang sanggup berkorban dengan keringat dan darah, yang sanggup bermati-matian untuk mengembalikan manhaj ini ke tempatnya yang haq. Islam hanya akan kembali menguasai alam buana apabila kita, para pejuang ad-deen ini kembali menjadi sepertimana generasi para sahabat yang menjadikan al-Quran dan as-Sunnah sebagai panduan yang utama.

Tapi Fat, sebelum tu Allah akan uji dulu rijal-rijal agama ni. Dan ujian Allah bukan calang-calang Fat. Ia ujian yang menapis, ujian yang membersihkan. Agar mereka yang tidak ikhlas, munafiq, fasiq dan berpura-pura akan tertapis dan tinggal di belakang. Agar yang tinggal untuk meneruskan perjuangan ini adalah mereka yang benar-benar ikhlas mahu berjuang keranaNya.

Jadi Allah takkan jentik je Fat. Allah takkan cuit macam tu je. Kita akan ditampar. Kita akan dibelasah. Kita akan disepak terajang. Sampai kita tersungkur. Sampai kita lebam-lebam. Sampai kita rasa macam dah takde harapan, dah takde cahaya lagi di hujung terowong."

Afham terhenti. Dia melepaskan tangan Fatah. Ditariknya nafas dalam-dalam sebelum menyambung semula kata-katanya.

"Kau tahu kan kisah Perang Ahzab? Macam mana Allah uji para sahabat dengan begitu hebat. Allah uji mereka, sepertimana yang Allah sebut dalam surah al-Ahzab, digoncangkan hati mereka dengan goncangan yang dahsyat. Sehingga ada dalam kalangan mereka yang berprasangka yang bukan-bukan terhadap Allah. Ini bukan calang-calang orang ni Fat, ini para sahabat!

Bayangkan Fat, dalam keadaan terdesak yang amat sangat sebab musyrikin Mekah dan kumpulkan pemuda-pemuda di seluruh jazirah Arab untuk menghancurkan Islam.. Omputih kata, once and for all! Umat Islam pula ketika tu, sangat dhaif; dengan tak cukup senjatanya, tak cukup makanannya. Memang terdesak habislah! Nabi pon ketika tu, ikat perut dia dengan dua biji batu Fat!

Bayangkan.. Dalam situasi yang dah cukup tersepit tu, yang belum tentu lagi ketika tu umat Islam akan menang, orang-orang Yahudi pula buat khianat. Mereka mungkir pada perjanjian yang telah mereka persetujui dengan Nabi. Lahawla wala quwwata illa billah. Hanya Allah sahaja yang tahu perasaan dan emosi umat Islam ketika itu. Mereka bukan sahaja terpaksa berhadapan dengan musuh dari luar, tapi mereka juga terpaksa berjaga-jaga dengan musuh yang lebih merbahaya, para munafiqin dan Yahudi yang bila-bila masa sahaja menanti peluang untuk menyerang dari dalam.

Kalau kita lah Fat agaknya, macam mana ek kita masa tu. Rasa nak tercirit kot..? Hehe."

Buat pertama kalinya Fatah tersenyum geli hati mendengarkan jenaka Afham itu. Afham tahu yang dia sudah berjaya menarik perhatian Fatah. Kini tiba masanya untuk dia memaku hujah utamanya.

"Tapi Fat... Kau tengok, macam mana Allah nak memenangkan umat Islam? Dengan cara yang paling tidak disangka-sangka oleh sesiapa pon. Allah telah mencampakkan hidayah ke dalam hati Nua'im bin Mas'ud, yang dengan kebijaksanaannya membuat helah, telah berjaya mengkucar-kacirkan pakatan antara Yahudi, munafiq dan musyrikin Mekah.

Pergghhh Fat. Aku bagitau kau, memang epik lah si Nua'im tu. Seolah-olahnya memang Allah hantar dia dari langit untuk menangkan umat Islam! Dan tak cukup dengan tu, Allah hantar pula bala tenteranya berupa angin taufan untuk mengkelam-kelibutkan pertahanan para tentera kafirun. Allah..."

Entah mengapa, tidak semena-mena mengalir air mata membasahi pipi Afham. Cepat-cepat dia menyekanya. Malu.

"Hehehe. Aku memang emo sikit bila cerita pasal ni. Sebab aku memang sangat kagum dan terharu dengan perancangan Allah yang Maha Hebat tu.

Kau bayangkanlah Fat, di saat seolah-olahnya sudah tiada harapan lagi untuk umat Islam menang, ketika itulah Allah menghantarkan kemenangan kepada mereka. Woooshh. Sekelip mata je Fat. Sekelip mata!

Tapi apa syaratnya? Apabila kebergantungan kita hanya pada Allah semata-mata. Selama ni kita mungkin ingat kita kuat sebab kita ada ikhwah. Kita mungkin sangka adik-adik yang kita berjaya sentuh tu, adalah disebabkan adalah usaha kita. Kita mungkin fikir kemenangan kita adalah kerana hebat dan tersusunnya persiapan kita.

Kita silap Fat, kita silap. Kita hanya menang bila mana kebergantungan dan pengharapan kita total kepada Allah semata-mata. Total. Tiga ratus peratus.

"...mereka ditimpa kemelaratan, penderitaan dan digoncang (dengan pelbagai cubaan), sehingga Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya berkata, 'Bilakah datang pertolongan Allah?'"

Ketika itu Fat, ketika mana kebergantungan dan pengharapan kita hanya kepada Allah dan tiada yang lainnya, Allah menjawab,

"Ketahuilah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat!""

Fatah menggumam bibirnya. Air matanya mengalir laju. Terus dia memeluk erat Afham, teresak-esak.

"Ya Allah.. Astaghfirullah. Maafkan aku ya rabb. Maafkan aku... Terima kasih Fam, terima kasih."

Afham membiarkan Fatah terus merengek di bahunya. Habis lencun bahunya dengan hingus dan air mata sahabatnya itu. Tetapi dia tidak kisah, kerana dia berasa puas. Gembira. Syukur alhamdulillah.

Setelah Fatah sedikit tenang, Afham memegang kedua-dua bahu Fatah dengan erat. Mukanya serius, tapi penuh dengan keyakinan yang membara.

"Ingat Fat, kemenangan itu milik Allah. Dan Dia akan kurniakan kemenangan itu kepada sesiapa sahaja yang Dia sukai. Dia akan kurniakan kemenangan itu kepada hamba-hambaNya yang tidak berputus-asa, ikhlas berjuang hingga ke saat akhirnya.

Kemenangan itu hak milikNya. Kun maka yakun, Fat. Bila Allah kata jadi, maka jadilah ia!"

Fatah tersenyum. Pipinya masih basah dengan air mata. Dengan semangat yang sudah mula berbara semula, dia mengangguk yakin dan laju.

Kun! Maka yakun!

-gabbana-

Jujur, banyaknya teguran dan peringatan dalam cerita pendek ini ditujukan buat diri sendiri. Moga diri ini terus ikhlas dan istiqamah dalam beramal, biidznillah.

Dan moga kisah ini membakar bara-bara api semangat yang sudah mula mahu malap di luar sana. Senyum.